Wednesday, October 31, 2012

Kucing Owh Kucing

Korang suka kucing tak??? Cik Fatin lemah sikit dengan kucing2 ni.. tapi ok2 jela...Cuma belum sampai masa lagi kot nak bela kucing..Nanti-nantila yer...



Kucing ni kalau korang nak tahu, die ade pelbagai spesis and baka. Kucing adalah pemangsa dalam mendapatkan makanan mereka. Kucing boleh dijinakkan dan hubungan antara kucing dan manusia sejak dari zaman dulu telah menjadikan kucing sebagai satu haiwan yang agak menjadi lagenda kepada beberapa bangsa contoh Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Apa yang menarik dengan kucing adalah : 


Kucing suka bermain.. alah..mcm main geletek2 ke..main dengan benda2 yg digantung ke...



Kucing punya perasaan gak... kadang2 marah..merajuk..nak bermanja... mmmmmmmm ngada2 je kan? hahaha

Kucing ni pun ada perangai macam kita gak.. KORANG MALAS KAN?? ha.. sama la..kucing pun malas.. malas nak layan...

Kucing bersifat ingin tahu dan kalau berbahaya..mungkin dia akan lawan.


Kucing penyayang... kadang2.. haiwan ni lebih bersifat penyayang dari manusia sendiri.. betul tak cakap cik fatin? Korang fikir sendirilah.. tengok video ni... touching.. mmm


Kucing tahu berenang.. korang tahu tak?? Hehehe.



Kucing pun suka tengok tv tau.. tambah2 boxing..hahaha. Boleh ajak teman tengok boxing sama2 ni.hahah

Kucing... yang ni cik fatin tak faham...kenapa kucing ni marah sangat cawan pecah... macam cawan die plak yang pecah.

Bersesuaian dengan peredaran masa, kucing sekarang pandai main ipad tau! 

TERIMA KASIH kerana melayan video-video kucing ni. Apa-apapun, sesiapa yang minat haiwan bernama kucing. TAHNIAH. kerana anda telah memelihara kucing dimana kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.  Jagalah dia seikhlas hati anda. Kepada yang takberapa gemar atau suka, ELAKKAN DARI MENGANIAYA KUCING.Jadilah manusia yang berperikemanusiaan.

Salam Sayang dari Cik Fatin.Da.............. ^_^

Thursday, October 25, 2012

Hari Raya Hari Bahagia

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA!
Cik Fatin nak mohon maaf sepanjang perkenalan kita... Sesungguhnya yang baik datang dari Allah... yang buruk datang dari diri Cik Fatin sendiri.
KORANG MAAFKAN K??? PLEASE.... T_T

Khas untuk korang.... LAGU RAYA.

HARI RAYA HARI BAHAGIA



Tuesday, October 23, 2012

Apa itu Corak Irama?

"Andai dipisah lagu dan irama... lemah tiada berjiwa... hampa..."

Tiada irama, tiadalah lagu..
Sebelum jadi melodi.. perlulah ada iramanya.

Apa itu Melodi?
Contoh melodi

Kita bezakan antara melodi dan irama k...

Contoh irama
Korang tengok berbeza. Lihat pada bar 1 contoh melodi. Nampak tak beza? Not sama... tapi pergerakan die berbeza... SO APA KORANG DAPAT RUMUSKAN?

CORAK IRAMA :
- Terdiri dari meter
  • duple - 2an
  • triple - 3an
  • quadruple 4an
- Terdiri dari notasi muzik dan tanda rehat
  • Not muzik berbunyi
  • Tanda rehat takberbunyi
- Terdiri dari frasa-frasa irama yang digabungkan.

- Tidak berpic


KORANG BOLEH PRAKTIS CORAK IRAMA KORANG DENGAN GAME RHYTHM PUZZLE.TRY LA!


Sumber :

http://trainer.thetamusic.com/en/content/rhythm-patterns
http://cnx.org/content/m12405/latest/

    Hari Jadi ke 23

    Terima kasih semua yang mengingati tarikh kelahiran cik fatin.. soooo sweet.... ^_^

    Wish via fb..:  ramai... tapi yang terawal...
    Nur Amalina binti Ismail
    Syaza Yasmin binti Ismail
    Danial Faiz bin Ismail

    of cos la adik beradik cik fatin..hehehe. kawan2, harap cik fatin dah reply sume wall post korang.. terima kasih ^_^.. so sweet...

    Msg via hp :

    Faiz Syazani : Slmt ari jd,
    Kak Aiza : selamat hari lahir... semoga lebih succes... cemerlang n terbilang...amin
    Hazwan : Awk.selamat hari jd..sy doakan awk semga slalu bhagia,bjya dlm dnia n akhirat.. Selamat hari jd
    Along : Happy birthday.may Allah bless u always
    Abe Lie : Happy birthday dinda....
    Cg Nazrie : HAPPY BIRTHDAY FATIN
    Elis : Happy birthday cikgu! :) smga pnjang umur n murah rezeki slalu..;)
    Shabani : "Happy birthday teacher"
    Nizam : Hepy birthday to you..........
    0194494____ : Salam tina, hepi bday, smoga pjg umur, murah rezeki, mantap Iman dan bahagia selalu.. ^_^

    Call :
    Chegu Abbas, Adik Wani, Abah, Mak, Alan, and rakan2 lain...

    TERIMA KASIH BUAT SEMUA...  CIK FATIN SAYANG KORANG SEMUA...

    HARI BAHAGIA SAYA BERSAMA ANDA.
    Lunch Ibu Razana and geng Power Rangers..

    Chegu Abbas so sweet... yippy! Thanks bf! Cik Fatin allergic chocolate.. so cheese + blueberry cake sebagai pengganti..  

    Taktahu sapa yang bagi... Terima kasih.. sedap sangat.
    TERIMA KASIH SEMUA!
    SAYA BAHAGIA KERANA ANDA SEMUA.... TERIMA KASIH. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA.. TAPI YAKINLAH..TANPA ANDA.. SIAPALAH SAYA.

    Saturday, July 28, 2012

    KENANGAN DI S.K. ZAINAB 1

    VISI SEKOLAHSek. Men. Zainab 1 Sekolah berprestij yang komited ke arah kegemilangan pendidikan bagi melahirkan insan yang berilmu dan beramal.MISI SEKOLAHMewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Melahirkan modal insan kelas pertama.


    Tengok pada VISI DAN MISI sekolah... mesti korang dapat menjangkakan bagaimanakah sekolah S.K. ZAINAB 1... huhuh... yup... sepanjang berada kat sekolah ni... mmg dirasakan sekolah ini berprestij dan sangat komited ke arah kegemilangan pendidikan..... HM dan cikgu2 selalu memainkan peranan yang terbaik buat anak2 murid mereka... boleh lihat dengan nyatanya.


    Mengikut pada misi... memang iklim sekolah kondusif.... kita rasa seronok jer berada di sekolah. Definisi mudah kondusif adalah selesa dan saya selaku guru pelatih yang berpraktikum selama 3 bulan + intenship selama 1 bulan memang merasakan sekolah ini kondusif. Mungkin ada here n there kekurangan dari segi itu n ini tapi MEMANG KONDUSIF LA.. Banyak bahagian sekolah meletakkan beberapa sudut untuk murid membaca seperti kat tangga ada tentang Bahasa Inggeris. Kat taman2 sekolah pun bermaklumat. Penggunaan bilik ICT pun terserlah. Guru guna bilik ICT tuk ngajar subjek2  berkaitan. Al-maklumlah, cik fatin suka menghabiskan masa di bilik ICT. So sempatlah tengok cikgu2 mengajar.Cakap pasal kondusif, jangan kite merujuk pada tempat semata-mata. Kita boleh lihat dri segi ape yang sekolah sediakan. 


    Nak cerita.... panjanglah korang.. tapi just wanna share dengan korang gambar2 tentang Sekolah Kebangsaan Zainab 1 dan korang nilai sendiri.For me, sekolah ini sangat memberi pengalaman yang bermakna kepada cik fatin selaku guru pelatih yang sedang mengumpul ilmu dan pengalaman. Guru-guru sekolah sangat membantu. Kita selaku guru pelatih ni takrasa ade jurang antara guru-guru sekolah. MESTI GURU2 PELATIH LAIN PUN NK RASA MACAM NI KAN?? SO datanglah ke ZAINAB 1.
    JOM USHA GAMBAR2 CIK FATIN DI S.K. ZAINAB 1 :
    Murid-murid Z1 sangatlah suka menonjolkan diri. AKTIF. taksusah nak cari wakil sekolah.
    Kostume diorg gempakkan??? 
    Sekolah ni ada band OKEH!!! tiap kali perhimpunan, perjalanan masuk and keluar guru ke dewan diiringi oleh  permainan muzik dari band. TERUJA TAK?
    Murid-murid sangat bersifat ingin tahu. Sanggup korbankan waktu rehat tuk datang belajar. CIKGU TAK PAKSA K! 
    Ni time pertandingan bercerita. sampai 2 org tau get ready. walaupun sebenarnya yang bertanding seorang.KOMITED TAK?
    Tengoklah pakaian tarian mereka. 
    Murid tahun 6 best! Diorang sangat struggle nak 5 A.takkiralah dari kelas mana pun.
    Kami ada bintang!
    Caklempong pun ada.
    Murid ini telah memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke Jabatan Kebudayaan Keseniaan Kelantan. Finally, dapat pijakkan kaki pun.. JADILAH..
    Z1 dapat satu stage dengan Dato' Ct!
    Z1 ade banyak pakaian tarian. Malam ni Z1 menyediakan 50 orang penari. Amacam?? TERUJA??
    We tried so hard... n we won! THANKS!

    Nak dijadikan cerita sebenarnya banyak lagi nak share. Tapi panjang sangat pulak nanti. heheh.. to warga S.K. Zainab 1, terima kasih kerana telah memberikan jutaan pengalaman yang bermakna kepada cik fatin. Murid-murid memberikan kerjasama kepada cik fatin. Tanpa mereka, mungkin cik fatin tkdpt jd calon GURU PRAKTIKUM CEMERLANG utk PISMP Muzik Sem7 IPG KKB. Guru2 sgt membantu. Mereka back up kami kalau ada pape.Mereka ajar kami itu dan ini. And i just love them!!!!! SANGAT SELESA DENGAN GURU2 S.K. ZAINAB 1.daripada tukang sapu sampailah ke HM.. TERIMA KASIH SANGAT2! MEREKA SANGAT MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK KEPADA KAMI YANG SETAHUN JAGUNG NI. huhu.. TERIMA KASIH. ^_^. Cik Fatin juga ingin memohon ribuan kemaafan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan sepanjang menjalankan tugasan di S.K. Zainab 1. THANKS!
    x

    Friday, January 13, 2012

    JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA..

    this one mmg 100% copy orang punye.... just wanna share... JOM BACA!


    1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

    2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



    3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

    4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

    5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

    6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

    7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

    8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

    9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

    10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

    11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

    12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

    13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

    14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

    15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

     16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

    17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

    18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

    19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

    20]Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

    21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

    22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

    23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...