Saturday, July 28, 2012

KENANGAN DI S.K. ZAINAB 1

VISI SEKOLAHSek. Men. Zainab 1 Sekolah berprestij yang komited ke arah kegemilangan pendidikan bagi melahirkan insan yang berilmu dan beramal.MISI SEKOLAHMewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Melahirkan modal insan kelas pertama.


Tengok pada VISI DAN MISI sekolah... mesti korang dapat menjangkakan bagaimanakah sekolah S.K. ZAINAB 1... huhuh... yup... sepanjang berada kat sekolah ni... mmg dirasakan sekolah ini berprestij dan sangat komited ke arah kegemilangan pendidikan..... HM dan cikgu2 selalu memainkan peranan yang terbaik buat anak2 murid mereka... boleh lihat dengan nyatanya.


Mengikut pada misi... memang iklim sekolah kondusif.... kita rasa seronok jer berada di sekolah. Definisi mudah kondusif adalah selesa dan saya selaku guru pelatih yang berpraktikum selama 3 bulan + intenship selama 1 bulan memang merasakan sekolah ini kondusif. Mungkin ada here n there kekurangan dari segi itu n ini tapi MEMANG KONDUSIF LA.. Banyak bahagian sekolah meletakkan beberapa sudut untuk murid membaca seperti kat tangga ada tentang Bahasa Inggeris. Kat taman2 sekolah pun bermaklumat. Penggunaan bilik ICT pun terserlah. Guru guna bilik ICT tuk ngajar subjek2  berkaitan. Al-maklumlah, cik fatin suka menghabiskan masa di bilik ICT. So sempatlah tengok cikgu2 mengajar.Cakap pasal kondusif, jangan kite merujuk pada tempat semata-mata. Kita boleh lihat dri segi ape yang sekolah sediakan. 


Nak cerita.... panjanglah korang.. tapi just wanna share dengan korang gambar2 tentang Sekolah Kebangsaan Zainab 1 dan korang nilai sendiri.For me, sekolah ini sangat memberi pengalaman yang bermakna kepada cik fatin selaku guru pelatih yang sedang mengumpul ilmu dan pengalaman. Guru-guru sekolah sangat membantu. Kita selaku guru pelatih ni takrasa ade jurang antara guru-guru sekolah. MESTI GURU2 PELATIH LAIN PUN NK RASA MACAM NI KAN?? SO datanglah ke ZAINAB 1.
JOM USHA GAMBAR2 CIK FATIN DI S.K. ZAINAB 1 :
Murid-murid Z1 sangatlah suka menonjolkan diri. AKTIF. taksusah nak cari wakil sekolah.
Kostume diorg gempakkan??? 
Sekolah ni ada band OKEH!!! tiap kali perhimpunan, perjalanan masuk and keluar guru ke dewan diiringi oleh  permainan muzik dari band. TERUJA TAK?
Murid-murid sangat bersifat ingin tahu. Sanggup korbankan waktu rehat tuk datang belajar. CIKGU TAK PAKSA K! 
Ni time pertandingan bercerita. sampai 2 org tau get ready. walaupun sebenarnya yang bertanding seorang.KOMITED TAK?
Tengoklah pakaian tarian mereka. 
Murid tahun 6 best! Diorang sangat struggle nak 5 A.takkiralah dari kelas mana pun.
Kami ada bintang!
Caklempong pun ada.
Murid ini telah memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke Jabatan Kebudayaan Keseniaan Kelantan. Finally, dapat pijakkan kaki pun.. JADILAH..
Z1 dapat satu stage dengan Dato' Ct!
Z1 ade banyak pakaian tarian. Malam ni Z1 menyediakan 50 orang penari. Amacam?? TERUJA??
We tried so hard... n we won! THANKS!

Nak dijadikan cerita sebenarnya banyak lagi nak share. Tapi panjang sangat pulak nanti. heheh.. to warga S.K. Zainab 1, terima kasih kerana telah memberikan jutaan pengalaman yang bermakna kepada cik fatin. Murid-murid memberikan kerjasama kepada cik fatin. Tanpa mereka, mungkin cik fatin tkdpt jd calon GURU PRAKTIKUM CEMERLANG utk PISMP Muzik Sem7 IPG KKB. Guru2 sgt membantu. Mereka back up kami kalau ada pape.Mereka ajar kami itu dan ini. And i just love them!!!!! SANGAT SELESA DENGAN GURU2 S.K. ZAINAB 1.daripada tukang sapu sampailah ke HM.. TERIMA KASIH SANGAT2! MEREKA SANGAT MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK KEPADA KAMI YANG SETAHUN JAGUNG NI. huhu.. TERIMA KASIH. ^_^. Cik Fatin juga ingin memohon ribuan kemaafan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan sepanjang menjalankan tugasan di S.K. Zainab 1. THANKS!
x

1 comment:

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...