Tuesday, September 10, 2013

TAKUTNYA DI LAHAD DATU!

TAKUTNYA KE LAHAD DATU!!! Wah tu la ekspresi pertama bila dapat tahu dipostingkan ke Lahad Datu.. haaaaaaaaaaaa... kenapa??? kan ada krisis hari tu.... tambahan dipostingkan pula ke seberang laut. Kita bukan dri kalangan mereka yang berbeza budaya. Pemikiran mereka juga mungkin berbeza berbanding kita. TAKUT!!!! Tapi jangan risau, Lahad Datu adalah sebuah bandar kecil. Walau bagaimanapun, kita masih lagi boleh hidup dengan gembira serta tenang.

Pesan abang angkat saya yg berkhidmat sebagai tentera laut:
Tina jangan kuar sorang2. Kalau malam tu jangan keluar langsunglah. Abang tahu keadaan di sana. 

Apa-apapun, saya berasa selamat berada di sini. Kadang-kadang, perasaan rindu kampung tu ada sbb suasana sedikit berbeza.... Tapi kita enjoy je la duduk di sini.

Saya mahu enjoy  habis-habisan sepanjang duduk di Lahad Datu / Sabah... inilah peluang untuk saya berjalan. Inilah masanya kita mengenal budaya orang lain. Ye kadang terasa susah, rindu kampung, nak itu and ini tkde... TAPI inilah kehidupan, cube suaikan diri dan enjoy yourself. Make friends! Ada masa, belajar masakan mereka serta bahasa mereka. SERONOKKAN??? Saya rasa bertuah berada di sini.  Jom kawan2 meh la posting ke Seberang Laut. BILA LAGIKAN???










Pasar IKAN! Sayur2 murah di sini.. Orang cakaplah. Saya takpernah jejak lagi ke dalam.



Salah satu shopping complex...



PALAUH! Kalau kt tempat kita macam orang aslilah.... tapi PALAUH ni sangat2 la mundur.... nanti ada masa sy cerita pasal mereka ya!

Penempatan PALAUH di atas sampan.

Sisi pasar. I dont like this!



Pejabat Pos Lahad Datu

Airport Lahad Datu. I really hope, ada airport baru yang boleh membawa penumpang direct from LD to KL.




SERONOK, tp tetap akan isi egtukar suatu hari nanti. ^_^

No comments:

Post a Comment

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...