Sunday, June 12, 2011

Perlis Berwarna-warni

Percutian 2 hari yang memenatkan... ni mungkin kali ke3 kot cik fatin pg Perlis. Tp ni la buat kli pertama menghayati ape itu perlis.. Niat sebenar pergi sana nk tengok adik, Nur Amalina binti Ismail. Tapi tetap disulam dengan berjalan2.. Yang pastinya, bile sampai sana.. tgok perlis penuh dengan warna.


Yey! Sampai jugak kami di Kangar, Perlis.
 Apa yang menarik ialah :
Kami dalam kereta mcam jakun bila nampak trafic light kecil kat bawah trafic light besar. Korang nampak tak?

Ni mcam kat tempat lain pun ada.. tp cik fatin tetap suka benda ni.. MERIAH!

Tulisan Jawi.. teringat Kelantan..HEHE

Pokok Mas bak kata Along! haha

Yang paling penting.. PERLIS BERWARNA-WARNI.. SEPANJANG KAMI KAT SANA.. KAMI CERIA MELIHATKAN WARNA2 YANG BEST....
the store
Sepanjang jalan yang berwarna warni

bangunan macam lego

benda ni pun colourful!

tiang2 berwarna warni

tak igt la pulak bangunan ape ni... tp colourful!

ni paling cantik.

Jejantas warna ikut bendera negeri.

Macam lego.. kalau bawa budak2 kecik.. mesti diorg suka tgok ni.. LEGO BESAR!

Sekian dari cik fatin.. penat upload gambar.. ^_^ sorry la.. mcm tkbest je cite kali ni... penat otak kot..hehe

Monday, June 6, 2011

Hitam jadi colourful

Ari ni terlebih rajin.. so far ini memang antara planing waktu cuti sekolah kali ini..iaitu, membaik pulih purse yang koyak. Purse ni hadiah dari buah hati dan sekian lama pakai akhirnya die koyak. Niat di hati dah lama dah nak beli yang baru tetapi dek kerana sayangkan purse yang satu ni.. cik fatin bertahan jugak memakai purse koyak. So hari ni proses pembaikpulih.

Ni la purse yang masih elok. cuma koyak di bahagian dalam. Tapi still lagi boleh pakai. so jangan membazir.
Koyak kat tempat zip. Tapi kalau org tgok..malu jugakla..

Proses Pembaikpulih bermula.

1. Sediakan bahan-bahan berupa :

Hiasan. cik fatin pilih hiasan yang dikait. Pilihan cik fatin mestilah berwarna warni. Warna memainkan peranan k!

Gam

2. Baiki bahagian yang rosak.

Dah gam dah.. walaupun comot2.heheh

3. Susun dan gam hiasan pada purse korang ikut kreativiti.

Bahagian luar.

Bahagian dalam.

4. Siap sudah.


Best jugak buat menda ni... yg penting kita tak membazir selagi barang tu boleh digunakan lagi. Selain itu, kita dapat memberikan wajah baru pada benda yang lama dan ini adalah salah satu cara kita menghargai barang pemberian orang yg tersayang. Walaupun dah rosak, tetap boleh digunakan.. kan korang?

Sunday, June 5, 2011

Kenduri Umah Opah

   Tanggal 5 Jun 2011(malam, lepas isyak), telah diadakan 1 kenduri arwah buat arwah atuk Haji Zamanhuri. Kenduri dijalankan secara kecil-kecilan sahaja. Terima kasih diucapkan kepada tetamu yang hadir. For 1st time, cik fatin merasakan diri ini semakin membesar dan dewasa. Mana taknya, tadi la 1st time tolong2 kat dapur, kemas2, jaga budak2 sume... Seronok! huhu.

   Masa kenduri, cik fatin igt nak make up la sikit, siap kene perli erk... "angah, skrg kat kampung je angah.. takpyhle make up".. ADOI! MALUNYE.. bukan make up ape pun.. buat hilang pucat je la!

   Apa lagi nak cite pun taktau..macam2 la buat time kenduri td.. Jom la tgok gambar2 yang berjaya disnap dalam keadaan kamera yang kekurangan bateri..

SEBELUM

selain buat menda ni...iaitu me... taktaula ape nama pekerjaan ni.. smbung.. selain buat mnda ni, smpat la gak kupas pelam, lap2 pinggan, sapu sampah, kait limau.. ape tah lagi..tkigt.. HODOHNYELA MUKA TIME MASUK DAPUR..hahahah
rajin budak2 ni tolong...
saat2 nak dekat kenduri.. baru teringat tak lipat tisu lagi..so cik fatinla cikgu kepada budak2 ni suh lipat tisu.suruh depa lipat.. memang buat smpai habis tisu..tp kita kene btulkan balik.. yela..budak2 kan... yg pling penting, rambut tu dh mcm org lepas bersalin yer.. PANAS+BUSUK LMBT MND.

eh2.. sempat lak diorg ni posing kt kereta.. hahah

SEMASA

semasa bacaan tahlil and doa

Makan time!

hohoh.. org lain duk membaca.. cik fatin kne tidokan si afifah ni.. demam katenye.. opah pun penat dah kat sebelah tu.. I LOVE YOU OPAH.. PIPAH PUN ANGAH SAYANG! uhuhu


SELEPAS

Lena Piport (Afifah) tido.. Si Ain pura2 tdo.. Fateha smpat posing.. cik fatin? hahhaha..Lantakla org nk cakap hodoh pun.. =p ADA AKU KESAH? hahah
Last, thanks to photographer kite erk.. Mr. Amirul Asyraf bin Ismail..hahaha =)
  Hope korang enjoy dgn cerite yang tah pape ini..heheh. Night.. gigih cik fatin update blog walaupun letih.. hargai tau! kahkahkah! GOOD NIGHT!

Thursday, June 2, 2011

Cantikkah kamu?

Korang rasa korang cantik tak??? Cuba jawab dengan jujur.. KORANG CANTIK KE TIDAK???? KORANG NI CANTIK ATAU TIDAK???!!!! 


Jawapannya adalah... TEPUK DADA NILAI SENDIRI


Bagi cik fatin, cik fatin adalah seorang insan yang cantik. Biarlah rendah ke.. gelap ke.. cik fatin tetap cantik. Korang ada??? Korang ada kulit gelap macam cik fatin, muka macam mamak, mata besar, bibir tebal, kening tebal... apa lagi tah.. KORANG ADA? TAKDA KAN? mmm, sebenarnya KORANG SEMUA CANTIK DAN MENGANCAM! tu la yang tersurat lagi tersirat. 


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan kita tidak cantik, sedangkan kita dicipta oleh ALLAH? 


Tips dari cik fatin, kalau ada orang kata korang takcantik, korang buat dono je la.. mungkin ada sedikit kata-kata mereka itu untuk menjadi petunjuk kepada korang bagaimana menjadi cantik.. tapi jangan la amik semua. Takut kata-kata mereka akan merosakkan korang dengan membuatkan korang tidak yakin dengan kecantikan diri sendiri. SOooo AMIK SIKIT2 JE LA KATA2 BURUK ORANG ITU UNTUK DIJADIKAN PENAMBAHBAIKAN DALAM DIRI.


Apa yang penting, bagaimanapun keadaan korang, KORANG ADALAH CANTIK. Tambahkan kecantikan korang dengan akhlak, peribadi, ilmu, amal dan pegangan agama yang kukuh. Nescaya kita akan bertambah2 cantik. Selamat Mencantikan Diri ya kawan-kawan!


KAMI CANTIK!

Wednesday, June 1, 2011

Pemakanan Yang SIHAT

Saya suka makan..... suka amat makan...  anda pun mesti suka makankan??? Kadang2 hairan melihat orang yang kuat makan tetapi mempunyai badan yang kurus.. Ada juga yang kurang makan dan mengawal pemakanannya tetapi tetap berisi dan kadang-kala gemuk. mmmm, Cik Fatin ada 1 tabiat iaitu kadangkala leka bekerja sampai lupa nak makan.. tup2.. gastrik... taklalu nak makan la.. MMM, JANGAN JADI MACAM CIK FATIN K!

Apakah makanan kegemaran anda? Cik Fatin suka makan pizza, cappati, ayam goreng, burger, kentang goreng.. PERGH! korang rasa tak, semua makanan kegemaran cik fatin agak tidak sihat.. kandungan lemak die.. PERGH!!!!!  dan... kadangkala cara makan kite pun tidak betul sehingga memberi kesan yang tidak sihat kepada tubuh badan kita.. WAH.. PANJANG MUKADIMAH.. JOM BACA POINT YG SEBENAR. ^_^

BERAPA BANYAK KITA PERLU MAKAN?
Sebenarnya ita makan ikut keperluan fizikal anda. Jika korang sangat aktif dalam sukan dan permainan, korang harus makan lebih banyak. Jika korang tidak begitu aktif, korang harus kurangkan makan. Yela.. nak buat apa makan banyak... korang takgunakan tenaga banyak pun.. nanti makanan yang korang makan tu akan bertukar jadi lemak sebab tidak digunakan. 


MAKAN MENGIKUT PIRAMID MAKANAN



ARAS 1 : Bijirin, produk bijirin dan ubi = 8 - 12 sajian
ARAS 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran = 3 - 5 sajian
ARAS 3 : Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)= 1 - 2 sajian
Ikan, ayam, daging.. = 2 - 3 sajian
ARAS 4 : Lemak, minyak, gula dan garam = Jumlah sedikit


PENGAMBILAN SNEK
Kadang-kadang kita tak lapar tapi rasa nak mengunyap. Snek digunakan sebagai pemberi tenaga, untuk kita cergas dan ceria....  Mungkin snek kita tu mempunyai kandungan gula yang banyak dan berlemak. Apa kata kita tukar snek pilihan kita kepada yang lebih sihat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat seperti sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah(lobak kecil dan tomato ceri), kurma dan mungkin juga anda boleh makan keropok-keropok yang kurang kandungan lemak, pewarna, perasa dan bahan2 yang tidak sihat untuk badan.


Biskut-biskut yang manis


PEMAKANAN CARA ISLAM
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu

Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Minuman
KESIMPULAN 
Korang fikirlah sendiri pemakanan korang.. untuk kebaikan korang jugak. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...