Apakah makanan kegemaran anda? Cik Fatin suka makan pizza, cappati, ayam goreng, burger, kentang goreng.. PERGH! korang rasa tak, semua makanan kegemaran cik fatin agak tidak sihat.. kandungan lemak die.. PERGH!!!!! dan... kadangkala cara makan kite pun tidak betul sehingga memberi kesan yang tidak sihat kepada tubuh badan kita.. WAH.. PANJANG MUKADIMAH.. JOM BACA POINT YG SEBENAR. ^_^
BERAPA BANYAK KITA PERLU MAKAN?
Sebenarnya ita makan ikut keperluan fizikal anda. Jika korang sangat aktif dalam sukan dan permainan, korang harus makan lebih banyak. Jika korang tidak begitu aktif, korang harus kurangkan makan. Yela.. nak buat apa makan banyak... korang takgunakan tenaga banyak pun.. nanti makanan yang korang makan tu akan bertukar jadi lemak sebab tidak digunakan.
MAKAN MENGIKUT PIRAMID MAKANAN
MAKAN MENGIKUT PIRAMID MAKANAN
ARAS 1 : Bijirin, produk bijirin dan ubi = 8 - 12 sajian
ARAS 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran = 3 - 5 sajian
ARAS 3 : Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)= 1 - 2 sajian
Ikan, ayam, daging.. = 2 - 3 sajian
ARAS 4 : Lemak, minyak, gula dan garam = Jumlah sedikit
PENGAMBILAN SNEK
Kadang-kadang kita tak lapar tapi rasa nak mengunyap. Snek digunakan sebagai pemberi tenaga, untuk kita cergas dan ceria.... Mungkin snek kita tu mempunyai kandungan gula yang banyak dan berlemak. Apa kata kita tukar snek pilihan kita kepada yang lebih sihat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat seperti sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah(lobak kecil dan tomato ceri), kurma dan mungkin juga anda boleh makan keropok-keropok yang kurang kandungan lemak, pewarna, perasa dan bahan2 yang tidak sihat untuk badan.
Biskut-biskut yang manis |
PEMAKANAN CARA ISLAM
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu

Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Minuman |
KESIMPULAN
Korang fikirlah sendiri pemakanan korang.. untuk kebaikan korang jugak. ^_^
Korang fikirlah sendiri pemakanan korang.. untuk kebaikan korang jugak. ^_^
kesimpulannya makan aga2....sudah...la yunk oi....
ReplyDeletemksud tuan hamba?
ReplyDelete