Friday, December 23, 2011

CINTA PUNYE HAL

Apabila anda mengabaikan orang yang mencintai anda, orang lain akan mengambil berat tentangnya ... apabila anda terlupa untuk memberitahu bahawa anda merinduinya, orang lain ingin sekali untuk bertemu dengannya ... apabila anda membuat dia berharap, orang lain membuat dia bermimpi ... dan apabila anda kembali, maaf, dia bukan milik anda lagi.renung2 kan.

ni la jadinya... kan awek dah lari.. lama sangat amik masa nak berusaha.. tapi korang jangan la jadi macam awek ni.. MEMANG HANCUR PUNYE AWEKS.. heheh. sorry la.. mesti korang dah pernah dengar. saje je ulang tayang.. supaya jadi pengajaran.




kdg2 kita tdk mghagai cinta...knp??
sbb,kta blum mrsai khlngan dia...
kdg2 kita rsai cinta dia,tp msih xpcya,np??
sbb... kita sllu fikir negatif ttg dia..
kdg2 kita xsdr ati kita btl2 mnyayangi dia,knp??
sbb,kita tnjuk ego xnk mngalah..
hgailah org yg sygkn kita..sbb kita akan mncarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi.. sesal pun sudah tiada guna jika dia blalu mningalkn kte... 

haaaaaaaa.... ni macam dalam cerite Cinta Elysa.. korang mesti tengokkan????? so... komen2...





jgn sesali jika hati terguris&menangis krna org yg anda sygi...sebaliknya berterima ksh krna tuhan tlh menunjukkan siapa drnya sbnrnya...Menyesali jika anda msh lg ditakdirkn utk bsamanya...bersyukur dgn smua itu krna anda tlh dibukakn hati utk menerima org lain yg lbh terbaik drnya.....

haaa... ayat ni untuk cik fatin dengan chegu abbas... ingat tu... JANGAN SESALI JIKA HATI TERGURIS & MENANGIS KERANA ORANG YANG ANDA SAYANGI... BERSYUKUR DENGAN ITU KERANA ANDA TELAH DIBUKAKAN HATI UNTUK MENERIMA ORANG LAIN YANG LEBIH TERBAIK DARINYA..

CHEGU ABBAS TERBAIK UNTUK CIK FATIN.. CIK FATIN TERBAIK UNTUK CHEGU ABBAS.. kite sama-sama berdoa k.. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI.. AMIN...
SEMOGA BAHAGIA SELAMA-LAMANYA CHEGU FATIN DAN CHEGU ABBAS. AMIN..




JANGAN MENYINTAI ORANG YANG TIDAK MENYINTAI KITA, KERANA IA SIA-SIA, JANGAN MENSIA-SIAKAN ORANG YANG MENYINTAI KITA KERANA IA BAHAYA....

ayat ni sesuai sangat dengan video ni.... si NurDiyanah... terima tau.. SELAMAT BERBAHAGIA.. hehehe.. SWEEEEET SANGAT!


LAST.... mmmm.. kite tengok je la video ni.... taktau nak tulis ape..hehehe 
SELAMAT BERCINTA

Wednesday, December 21, 2011

ARIA

Aria bermaksud nyanyian dan biasanya nyanyian dalam opera. Perkataan aria sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Itali yang bermaksud 'udara'. Kadang-kadang dalam bahasa Inggeris lama. perkataan 'air'  atau 'ayre' juga digunakan untuk maksud nyanyian. Selalunyakan korang, aria dicipta untuk nyanyian solo dengan iringan muzik instrumental.

Apa lagi korang patut tahu?
       Aria mula-mula muncul pada abad ke-14, bila ia menggambarkan satu cara atau gaya menyanyi atau bermain. Aria juga boleh bermakna skim melodi (motif) atau corak menyanyi corak puisi, seperti satu sonet. Ia juga disertakan kepada muzik instrumental. Ciptaan Aria berubah dari melodi yang mudah ke bentuk yang berstruktur
       Dalam abad ke-17, Aria ditulis dalam bentuk pertigaan (A-B-A), actually ada istilah die.. tak igt la korang.... Ia telah dikenali sebagai da Capo Arias. Aria kemudian "terlibat" dalam repertoir opera dengan banyak jenis seperti Aria cantabile, Aria agitata, Aria di bravura, dan sebagainya.  


Cakap-cakap cik fatin:
Sebenarnya taksure sangat macam mana sejarah die. Tp ni yang dibaca. Yang paling penting, korang ingat erk.. ARIA-NYANYIAN-OPERA.  
SAPE2 NAK MENAMBAH INFORMASI NI.. SILA2.. CIK FATIN PUN NAK TAU.


Video contoh-contoh nyanyian





Tuesday, December 20, 2011

Storymorry 1


Rindu ker? 


Cakap-cakap cik fatin:
Korang rasa apa erk??? rindu ker??? Actually, cik fatin takfren pun dengan Chegu Abbas kt fb.DAH KENE BLOCK... What will be next? KORANG RASA... RINDU KER?

Monday, December 19, 2011

Housemate 1 MALAYSIA

Semakin mendekati hujung tahun 2011.... rasa rindu pun ada ni... korang nak tau dengan siapa cik fatin  tinggal sepanjang tahun 2011? 1st of all, nak ucap thanks pada housemte2 kesayangan yang telah banyak mengajar cik fatin mengenal kehidupan... ceeewah. Setiap mereka telah ajar cik fatin benda2 yang best and nasihat mereka berguna. ^_^ THANKS KAKAK. yang paling penting... KAMI 1 MALAYSIA! cik fatin jenis takkesah... so... JOM TENGOK KAKAK2 SAYA DI KOTA BHARU KELANTAN.

Sharmala Haridass

Cantikkan die?? mix tau!

boleh dikatakan kak shama ni budak rajin+cerdik. HEEHEH. kak shama ni bnyk ajar cik fatin utk JANGAN BUNUH SERANGGA ATAU HAIWAN kalau die tak kacau kita. even lipas, semut, nyamuk, tikus(haiwan2 perosak). almaklumlah, cik fatin ni pembunuh tegar haiwan2 perosak.ape yang dia ajar, KITE PERLU JAGA KEBERSIHAN RUMAH. MAKANAN JANGAN TERDEDAH.

disebabkan die, cik fatin skrg pndai cakap dgn haiwan2 perosak. so ckp je mcm ni... "ok, aku nk kuar rumah ni. aku harap pas aku masuk rumah semula.. korang sume dah takda dalam rumah" HASILNYE! percayalah... haiwan perosak tu pun takde..  cume... yang penting JAGA KEBERSIHAN. SEKARANG RUMAH PUN TIADA HAIWAN PEROSAK.  


Kak shama juga tegas orangnya, terutama duty rumah... sila buat duty k. kalau tak, rumah jadi kotor. So insyaAllah, cik fatin akan gunakan semua idea kebersihan dia ni untuk diapply pada housemate2 baru. Sebab KEBERSIHAN ITU PENTING.SEMUA ORANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGANYA.

 

Geetha Anjali

my lovely kakak!

mmmm, kakak ni antara yang rapatla.. sebab kami selalu masak sama2.ops! tapi die yang selalu masakkan. heheh. kami selalu share cerita tentang agama. So disebabkan die, cik fatin tahulah serba sedikit tentang agama2 di MALAYSIA. its goodkan? baru la kita faham kenapa orang itu macam ni and macam tu.. kenapa agama ni  mcm ni and macam tu... thanks kakak sbb cerite kat tina.

Yang paling penting, dielah pendorong. kadang2 cik fatin ni mudah give up. cerita kat die.... then, die akan bagi motivasi. contohlah, cik fatin kata, "takmo la pg sekolah tu, blah..blah..blah..MALAS LA. TAKSUKA LA.. BLAH2..." die akan cakap, "sekolah ni kita yang tetapkan.. kita yg akan jadikan sekolah tu mcm mana... klu kite ikut cara sekolah.. so kita pun ok.. SEMUA TERPULANG PADA KITA.. " so THATS Y CIK FATIN TAKTAKUT TUK G SEKOLAH YANG ORANG KATA ITU N INI. Proses utk belajarkan skrg and kita taktau akan datang dapat tak rasa benda2 macam tu.

1 more thing, tentang pointer.. die banyak nasihatkan cik fatin jaga pointer.. . Y? itu kan kepuasan kita bila habis belajar. Lagipun, 5 tahun setengah kt IPG klu takboleh dapat pointer yang bagus... msti rase membazir.BETUL JUGAKKAN? tapi.. im not good enough.. kene cubaa lagi sampai berjaya.. CEEEEEWAH!


Violet Hung

mmm, kak violet banyak mengajar cik fatin berjimat dan selalu bersedia. Yeeelaaa, itu and ini kene jimat. Makanan takboleh membazir. Almaklumlah, cik fatin suka beli makanan, tapi terbiar dalam peti sejuk.. takmakan... So, because of her, cik fatin kalau masak lebih, mesti cik fatin bg housemate lain makan.

Selalu bersedia, kenapa? SEBAB KITA TAKTAU APA AKAN JADI AKAN DATANG. Kalau korang tengok cara kak violet ni buat kerja, menyimpan dan menguruskan diri.. memang kadang2 rasa kagum pulak.heheh

Ape lagi nak tambah erk?? mmm, kak violet teman cik fatin ketika duduk di bawah. kami(kak geetha n kak violet) suka buat kuih sama2.. bile lagi boleh buat kuih sama2..  touching plak. T_T


Jazmin Chua 

Kak Chua ni pendiam orangnye. Jarang sangatla nak tengok die kat bawah... yang penting, apa yang kagum dengan kak chua ni, die kalau masak....memang kreatif. die akan masak je pape asal boleh makan. Kadang2 rasa macam taklogik je campurannye and pelik. Bila tanya, ni masakan ala orang cina ke.. die pun jawab, "hehehe, i campur je. asal boleh makan"

So pengajarannya, mesti takkesahlah masak sedap ke tak, yang penting berkhasiat and BOLEH MAKAN! so jangan malas masak untuk hidup erk.heheh

Comelkan mereka?

 


x-housemate.

kak priya 

Kak Aipeng Tan

Kak Chia Lay Har

Cakap2 cik fatin:

Dear housemte2 sume... tna tak pernah rasa menyesal kenal and duduk dengan akak2 sume. Sayang... Rindu.. Bangga duduk dengan korang.. Org tanya, "TINA DUDUK KAT MANA? DENGAN SAPA?" dengan bangganya tina jawab, "TINA DUDUK DENGAN KAK VIOLET, KAK JASMIN, KAK GEETHA AND KAK SHAMA.. DIORANG BAIK SANGAT!"

Kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA KITA, tengoklah.. KAMI 1 MALAYSIA. bak kata kak Geetha, rumah kami ni patut dapat Award 1 MALAYSIA.. nk award boleh? CEEEEWAH...


 Sambung cakap2 cik fatin..

Kakak2 sume, sorry sekiranya adik yang tak berapa matang lagi cute ni selalu buat mistake tahpape. Kot-kot tersalah cakap, terkasar bahasa, terguris taksengaja, terambil, terguna...SORRY K? HALALKAN MAKAN MINUM TNA SEPANJANG DENGAN KAKAK2 SUME.. BOLEH? 

Thanks jugak kepada semua barang2 peninggalan... barang masak, barang2 ABM (GILELAH TAHUN DEPAN TAKPAYAH BELI BARANG ABM.. BANYAK GILER KAT UMAH TU!) and ape2 je la hadiah yang korang tinggal tuk tna.. THANKS SANGAT! Nanti tina sedekah plak pada orang juga.. boleh kita berkongsi kebaikan.. ceeewah...

SALAM SAYANG,
CIK FATIN

Bibir Segar & Sihat

 MENGAPA KENE JAGA BIBIR SUPAYA SIHAT & SEGAR?


  • Bibirkan aset penting.
  • Salah satu tarikan bila kita bercakap... orang akan tengok bibir kita.. cuba korang bayangkan bila bibir kita cantik and comel jekan.. mesti orang geram! hahaha =p
  • Mencerminkan peribadi kita.
SEBAB UTAMA BIBIR KERING?
  • Faktor cuaca sepertu panas.
  • Tahap kesihatan yang kurang baik.
  • Kurang makan makanan yang mengandungi zat.
  • Perokok
 TIPS PENJAGAAN BIBIR
  1. Sapu lip balm atau veseline sebelum tidur atau masa korang nak kuar di bawah matahari yang terik. Iklim Malaysia memang sesuaila pakai lip balm k. Lip balm dengan penapis suria adalah pilihan yang terbaik k!
  2. Banyakkan minum air suam. Macam biasa, minum air suam memang bnyk khasiatnya. Selain korang dapat elakkan kekeringan bibir korang, ia juga dapat elakkan mulut  berbau.
  3. JANGAN gigit atau tarik kulit bibir korang yang kering dan mengelupas tu. Seeloknya, korang amik tuala yang dah direndam dengan air suam. Letakkan bibir tuk lembutkan semula kulit bibir tu.
  4. Sapu Lip Balm sebelum bersihkan wajah korang sebelum tidur. JANGAN MALAS, TERUTAMA SI PEROKOK. Merokok boleh menggelapkan bibir korang. Better korang berenti je la merokok.
  5. Kalau korang jenis aktif yang suka duduk bawah matahari macam berkawad ker berenang ker duduk tepi pantai ker... cik fatin suggestkan korang pakai pelembab bibir sebelum and selepas beraktiviti.
  6. Kalau korang yang duduk kan termpat berhawa dingin, seelok2nya calitkan sikit lip balm supaya tak kelihatan kering.

Antara produk penjagaan bibir.


Cakap-cakap cik fatin :
Actually, cik fatin kadang2 mengalami masalah ni. Nak kata kurang air, takjuga.Maybe malas nk berlip balm sangat.. heheh just wanna share dgn korang ape yg cik fatin baca and tau. JOM AMALKAN LIP BALM!

Sakit Kepala



OPS!! Korang pernah sakit kepala tak???? Ofcos pernahkan.. me??? yup! kalau ada orang tu membebel2, tido kurang atau lebih... memang akan sakit kepala.. atau.. terlampau banyak kerja.. MEMANG SAKIT KEPALA.. siap leh terbawa kerja2 tu dalam mimpi... TAPI.. SEDARKAH ANDA, kalau anda sakit kepala tanpa sebab2 di atas.. BAIK KORANG CEK KENAPA KORANG SAKIT KEPALA.

ok.. antara sebab2 sakit kepala :-

  • KETEGANGAN OTOT
    • Tanda-tanda : Sakit kepala kerap terjadi, kesakitan akan rasa hilang timbul, tidak terlalu berat dan kesakitan dirasai pada bahagian depan dan belakang atau berasa kaku secara menyeluruh.
    • Tindakan : Lakukan pemeriksaan untuk menyingkirkan penyakit fizikal serta penilaian faktor psikologi dan keperibadian.

  • MIGRAIN
    • Tanda-tanda : Sakit bermula dari dalam dan di sekitar mata atau kelopak mata. Merebak ke satu atau dua sisi kepala, kebiasaannya terasa sakit pada seluruh kepala, berdenyut dan disertai dengan hilangnya nafsu makan, mual dan muntah.
    • Tindakan : Jika diagnosisnya masih diragui dan sakit kepala baru terjadi, individu perlu melakukan CT scan atau MRI. Atau diberikan ubat migrain untuk melihat kesannya.

  • SAKIT KEPALA CLUSTER
    • Tanda-tanda : Serangannya singkat (sekitar 1 jam), sakit kuat dirasakan pada satu sisi kepala. Serangan terjadi dalam jangka masa tertentu dan di bahagian tertentu sahaja. Kerap dihidapi oleh lelaki muda yang disertai dengan pembengkakan mata, hidung berhingus dan mata berair. Dalam pada masa yang sama turut merasa sakit.
    • Tindakan : Biasanya ubat migrain diberikan untuk melihat kesannya atau diberikan pesakit menyedut oksigen.

  • TEKANAN DARAH TINGGI
    • Tanda-tanda : Jarang menyebabkan sakit kepala, kecuali pada tekanan darah tinggi yang berat kerana adanya ketumbuhan di kelenjar adrenal. Sakitnya berdenyut dan dirasakan di kepala bahagia belakang atau di bahagian atas kepala.
    • Tindakan : Biasanya memerlukan analisis kimia darah dan pemeriksaan buah pinggang.

  • KELAINAN MATA
    • Tanda-tanda : Sakit dirasakan di kepala bahagian depan atau di dalam dan di seluruh mata. Boleh terjadi dengan kesakitan yang sederhana sehingga berat. Boleh menyebabkan mata berada dalam keadaan penat.
    • Tindakan : Perlu memerlukan pemeriksaan mata untuk mengetahui penyebabkan.

  • KELAINAN SINUS
    • Tanda-tanda : Kesakitan yang tidak dapat dijangka. Dirasakan di kepala bagian depan, kesakitannya bersifat ringan atau berat dan keadaan lebih buruk sewaktu di awal pagi. Keadaan akan beransur pulih sedikit demi sedikit. Namun kesakitan akan berlaku semuala dalam keadaan cuaca yang lembab.
    • Tindakan : Memerlukan pemeriksaan dan Rawatan sinus bagi memastikannya. 
 sumber bahan : REMAJA BIL. 497 (1 MEI 2007)


hehehe.... cik fatin ada masalah sinus.... and dah amik ubat.. TIADA SAKIT KEPALA LAGI buat masa ni.. ANDA? sila dapatkan rawatan k kalau ada sakit kepala.. ^_^ 


HENRY PURCELL



Henry Purcell telah dilahirkan pada 10 September 1659 dan meninggal dunia pada 21 November 1695 diusia 36 tahun. Beliau merupakan pemain organ berbangsa Inggeris dan komposer muzik sekular dan suci di zaman Barok. Walaupun Purcell menggabungkan unsur-unsur gaya Itali dan Perancis ke dalam ciptaannya, legasi beliau adalah satu bentuk yang unik kerana menggunakan Bahasa Inggeris di dalam ciptaan muzik Barok. Beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu komposer Inggeris yang hebat dan tiada komposer Bahasa Inggeris lain yang dilahirkan di zaman itu menghampiri kemasyhurannya sehingga muncullah Edward Elgar.
Purcell telah dilahirkan di St Ann Lane Old Pye Street, Westminster. Keluarga Henry Purcell hidup hanya beberapa ratus meter di barat Westminster Abbey dari tahun 1659 dan seterusnya. Selepas kematian bapanya pada tahun 1664, Purcell telah diletakkan di bawah penjagaan bapa saudaranya iaitu Thomas Purcell yang telah menunjukkan kasih sayang dan kebaikan yang sempurna kepada Purcell. Thomas adalah seorang lelaki gereja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan telah mengatur Henry untuk diterima sebagai penyanyi lelaki di gereja.
 Di usia muda, Henry terlebih dahulu telah mendapat pendidikan di bawah Kapten Henry Cooke (1672), Master Kanak-Kanak, dan selepas itu di bawah Pelham Humfrey (1674), pengganti Cooke. Henry adalah seorang penyanyi lelaki di Royal Chapel sehingga suaranya pecah pada tahun 1673. Henry juga telah menjadi pembantu kepada pembina alat muzik organ iaitu John Hingston, yang memegang jawatan sebagai penjaga instrumen muzik tiupan kepada Raja.
Mengikut penceritaan orang, Purcell telah mengarang ketika berusia sembilan tahun. Walau bagaimanapun, kerja terawal yang telah dikenal pasti sebagai karya beliau ialah 1 syair pujian untuk hari jadi Raja, yang ditulis pada tahun 1670. Tarikh untuk penciptaan beliau adalah tidak menentu. Telah diandaikan juga bahawa lagu tiga bahagian "Sweet Tyranness, I Now Resign" telah ditulis oleh beliau sebagai seorang kanak-kanak.
Selepas kematian Humfrey, Purcell meneruskan pengajian di bawah Dr. Blow John. Beliau seterusnya meneruskan pengajian di Westminster School dan pada tahun 1676 telah dilantik sebagai penyalin di Westminster Abbey. Lagu awal Henry Purcell "Lord, who can tell”(Tuhan, yang boleh memberitahu) dicipta pada tahun 1678. Lagu ini adalah Mazmur yang telah ditetapkan untuk Hari Krismas dan juga perlu dibaca pada sembahyang subuh pada hari keempat setiap bulan.
Pada tahun 1679, Blow, yang telah dilantik sebagai pemain organ Westminster Abbey sejak tahun 1669, meletak jawatannya. Jawatannya secara tidak langsung telah memihak kepada muridnya iaitu Purcell. Purcell secara keseluruhan kini menumpukan dirinya dengan ciptaan muzik suci, dan selama enam tahun tidak melibatkan diri dengan teater. Walau bagaimanapun, pada awal tahun sebelum itu, mungkin sebelum mendapat pejabat baru, beliau telah menghasilkan dua karya penting untuk pentas, muzik untuk Nathaniel Lee’s Theodosius dan Thomas dUffey’s Virtuous Wife.
 Di antara tahun 1680 dan 1688, Purcell telah menulis muzik untuk tujuh persembahan. Ciptaan beliau untuk muzik kamar opera Dido and Aeneass, yang menjadi mercu tanda yang sangat penting dalam sejarah muzik dramatik Bahasa Inggeris. Pada tahun 1685, beliau menulis dua-lagu terbaik beliau, "I was Glad" dan "My Heart is Inditing", bersempena penabalan Raja James II. Salah satu daripada kerja-kerja yang paling rumit, yang paling penting dan mengagumkan ialah ciptaan  Purcell pada syair pujian ulang tahun untuk Queen Mary. Ciptaan syair pujian ini bertajuk “Come ye Sons of Heart” yang liriknya telah ditulis oleh Nahum Tate dan muzik dicipta oleh Purcell.
Sesungguhnya, banyak ciptaan yang mengkagumkan hasil dari ciptaak komposer Bangsa Inggeris. Antaranya seperti yang telah disebutkan di atas disamping Twelve Sonatas,The Fool’s Preferment, The Fairy-Gueen dan lain-lain. Henry Purcell banyak mencipta muzik berunsurkan ketuhanan dan memuji raja-raja seperti syair pujian bagi Duke of Gloucester untuk ulang tahun keenam baginda. Syair pujian adalah bertajuk “Who can from joy refrain? “ sonatas empat bahagian Purcell telah dikeluarkan dalam 1697. Dalam enam tahun baki hidupnya, Henry Purcell menulis muzik selama 42 drama.
Purcell meninggal dunia pada tahun 1695 di rumahnya di Yard, Dekan Westminster, di kemuncak kerjayanya. Beliau dipercayai berusia 35 atau 36 tahun pada masa itu. Punca kematiannya adalah tidak jelas. Terdapat satu teori bahawa dia terperangkap dalam cuaca sejuk selepas pulang lewat dari teater satu malam kerana isterinya telah terkuncinya dari luar. Satu lagi adalah dia meninggal dunia akibat batuk kering.


Sebelum kematiannya, Henry Purcel telah mengatakan wasiatnya yang berbunyi,
“In the name of God Amen. I, Henry Purcell, of the City of Westminster, gentleman, being dangerously ill as the constitution of my body, but in good and perfect mind and memory(thanks be to God) do by these presents publish and declare this to be my last Will and Tesrament. And I do hereby give and bequeath unto my loving wife,Francess Purcell, all my estate both real and personal of what nature and kind soever...”

("Dengan nama Tuhan, Saya, Henry Purcell, penduduk di bandar Westminster, lelaki, sakit yang ditanggung bahaya kepada saya, tetapi dalam minda yang baik dan sempurna dan memori (terima kasih menjadi kepada Allah) lakukan dengan ini mengisytiharkan kehendaki terakhir saya dan Perjanjian. Dan, saya dengan ini memberi dan mewariskan kepada isteri saya yang tersayang, Frances Purcell, semua harta saya yang jelas kelihatan dan peribadi pada sifat dari semua jenis hingga yang seterusnya...")

Purcell dikebumikan bersebelahan dengan pemain organ di Westminster Abbey. Muzik yang beliau cipta sebelum itu untuk pengkebumian Queen Mary telah digunakan untuk mengiringi kematian Henry Purcell. Ciptaan Purcell adalah bersifat universal dan dikenali sebagai 'master muzik yang sangat hebat.' Selepas kematiannya, pegawai-pegawai di Westminster dengan berbesar hati dan sebulat suara mahukan beliau dikebumikan dengan tanpa bayaran di lorong utara Biara serta tulisan di batu nisanyya berbunyi: "Di sini pengebumian Henry Purcell ESQ, yang meninggalkan kehidupan dunia ini dan pergi ke tempat yang diberkati di mana sahaja keharmonian boleh melebihi. "
Selepas kematiannya, Purcell telah dihormati oleh ramai orang sezamannya, termasuk rakan John Blow , yang menulis "An Ode, on the Death of Mr. Henry Purcell” dengan lirik oleh kolaborator lamanya , John Dryden. Yang terbaru, penyair Bahasa Inggeris,Gerard Manley Hopkins menulis sonet terkenal bertajuk "Henry Purcell", dengan kata pembuka singkat yang berbunyi: "The poet wishes well to the divine genius of Purcell and praises him that, whereas other musicians have given utterance to the moods of man’s mind, he has, beyond that, uttered in notes the very make and species of man as created both in him and in all men generally.”
Purcell juga mempunyai satu pengaruh yang kuat ke atas kebangkitan muzik dan komposer Bahasa Inggeris pada awal abad 20, terutama Benjamin Britten, yang mencipta dan merealisasikan persembahan Dido and Aeneas dan The Young Person’s Guide to the Orcherstra yang berasaskan kepada salah satu tema daripada Purcell, iaitu Abdelaza
Purcell telah mendapat penghormatan bersama-sama dengan Johann Sebastian Bach dan George Friedrich Handel pada hari perayaan pada kalendar liturgi Gereja Episcopal (AS) pada 28 Julai. Dalam satu temubual pada tahun 1940, Ignaz Friedman telah menyatakan bahawa dia menganggap Purcell mempunyai kehebatan yang sama besar seperti Bach dan Beethoven. Di Victoria Street, Westminster, England, terdapat satu tugu gangsa untuk Purcell yang telah  dipahat oleh Glynn Williams dan didirikan pada tahun 1994.
" The Flowering of the English Baroque ", patung gangsa memorial oleh Glynn Williams di taman kecil di Victoria St, Westminster.


Kerja-kerja Purcell telah dikatalogkan oleh Franklin Zimmerman. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Z. A Club di London pada tahun 1836 untuk menggalakkan prestasi muzik, tetapi telah dibubarkan pada tahun 1863. Pada tahun 1876, Persatuan Purcell telah ditubuhkan. Pertubuhan ini menerbitkan edisi baru terhadap karya-karya Henry Purcell. Kini, Kelab Purcell zaman moden telah diwujudkan dan menyediakan aktiviti muzik berpandu di Westminster Abbey.
Pada tahun 2009, Pete Townshend ahli kumpulan The Who berkata, Purcell adalah antara pengaruh beliau, terutamanya dalam lagu-lagu bandnya. Ini terbukti dalam lagu mereka seperti lagu “Won’t Get Fooled Again”(1971) dan “I Can See for Miles” (1967).
Dalam filem England pada tahun 1995, My England, kehidupan Purcell (dimainkan oleh Michael Ball) telah digambarkan sebagaimana yang dilihat melalui mata penulis drama pada era 1960-an. Beliau telah cuba untuk menulis drama mengenai Henry Purcell.
Dalam abad ke-21, soundtrack versi tahun 2005 filem Pride and Prejudice yang bercirikan tarian yang bertajuk "A Postcard to Henry Purcell" telah digubah. Ini adalah gubahan dari komposer Dario Marianelli yang mengambil tema Abdelazar Purcell. Dalam filem bahasa Jerman tahun 2004, Der Untergang, muzik Lament Dido digunakan berulang kali sehingga akhir kemuncak Third Reich.
Kesimpulannya, Henry Purcell banyak memberi impak positif dalam aktiviti muzikal dunia. Beliau telah banyak mempengaruhi ahli muzik sezamannya, selepas kematiannya juga sehinggalah masa kini. Ramai pemuzik sangat menghargai karya-karyanya. Beliau juga telah menjadi contoh dalam perkembangan karea pemuzik dunia.

Korang boleh view lagu-lagu Henry Purcell di :
http://youtu.be/oV0-E90sdCc 
http://youtu.be/1agui5umoSE
http://youtu.be/7f3XzaDeq_M
 http://youtu.be/Hw7xLoYdd2E

Sunday, December 18, 2011

NYANYIAN

Saya amat suka menyanyi... kecik-kecik lagi abah and mak ajar menyanyi... Mula dengan lagu ella kalau tak silap.^_^ Pastu macam-macam lagu la... heheh... Nak kongsi sikit topik NYANYIAN! JOM BACE!

Owh... musalmah manis ^_^
KENAPA KITA PERLU BELAJAR MENYANYI?
Untuk pengetahuan semua, menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab yang penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti di bawah ini:

  1. Dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat.
  2. Mempertingkatkan daya pemikiran.
  3. Memperkayakan daya imaginasi.
  4. Memberi kegembiraan dan keseronokan.
  5. Memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul.
  6. Memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan.
  7. Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi.
  8. Melepaskan perasaan kurang senang.
  9. Membina keyakinan diri.
  10. Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan.
  11. Aset warisan budaya.
  12. Memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Cakap-cakap Cik Fatin:
ni sebenarnya nota di atas dari 1 buku ni. Nak ulas sedikit, ape yang buku ni kata betul amat. Mengikut pengalaman cik fatin sendiri... nyanyian memang memperbaiki kesihatan. Mengikut kata mak abah, fatin ni memang suke menyanyi dan dalam masa yang sama fatin asma ke lelah ( ape beza pun tak tau). Abah and mak memfokuskan cik fatin untuk menyanyi. Buat show and masuk pertandingan. Bila buat benda-benda macam ni,pemakanan pun dijaga, stamina pun dijaga. Abah bawa g berenang, jogging dan macam2 lagi la sebagai  latihan untuk persediaan show atau pertandingan. Secara tak langsung sebenarnya ia memang menjaga kesihatan. THANKS MAK... THANKS ABAH..


10 PERKARA PENTING BAGI SEORANG PENYANYI
Sebelum kita mempelajari nyanyian, kita perlu mempunyai beberapa perkara seperti di bawah ini:
  1. Suka muzik dan seronok menyanyi.
  2. Mempunyai deria dan rasa pic dan irama yang tepat.
  3. Berimaginasi dan daya interpretasi yang tinggi.
  4. Sihat dan bersemangat serta mempunyai tabii dari aspek kesihatan yang baik.
  5. Bijak
  6. Personaliti yang disenangi.
  7. Daya usaha yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan.
  8. Kebolehan menyanyi semerta dan memainkan iringan yang mudah.
  9. Alat suara yang baik.
  10. Koordinasi fizikal yang baik - penguasaan dan pengawalan nafas serta otot fonasi.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Cik fatin rase apa-apa pun memang kene berusaha untuk berjaya. Bukan berjaya untuk orang lain.. tapi berjaya untuk diri sendiri. Betullah kata orang usaha tangga kejayaan. Apa yang penting juga, korang kenelah suka muzik..baru la korang leh menyanyi dengan mudah. Minat tu kene ada.


4 ASPEK YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG NYANYIAN
Terdapat empat aspek yang berkaitan dengan bidang nyanyian iaitu fizikal,emosi, intelek dan muzikal.

Aspek Fizikal- Seseorang yang hendak mempelajari nyanyian perlu sihat, kuat, bertenaga, dan menjaga berat badan agar seimbang.

Aspek Emosi- Perlu stabil emosinya, sensitif dan ekspresif serta suka menyanyi.

Aspek Intelek- Boleh berfikir, membuat banding beza dengan rasional dan kritis, bijak mengaplikasi apa yang telah dipelajari, ambil tahu dengan bidang-bidang ilmu pengetahuan lain.

Aspek Muzikal- Boleh menbaca irama dan jeda dengan tepat, ada pengetahuan teori muzik, ada pengetahuan akan stail ciptaan dan pencipta muzik.


10 PRINSIP DALAM BIDANG NYANYIAN
Sebelum seseorang mempelajari nyanyian, ia perlu mengamalkan prinsip-prinsip di bawah :
  1. Sentiasa bersikap positif, seronok dan yakin.
  2. Bijak dan kerap berlatih.
  3. Mengamalkan postur yang baik.
  4. Pengawalan pernafasan (costal epigastrium) yang baik.
  5. Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif, rata, bersemangat, ringan kaya dan bergema.
  6. Penguasaan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas, tepat dan cantik.
  7. Penguasaan teknik legato.
  8. Penguasaan teknik yang tangkas dan fleksibel.
  9. Penampilan persembahan fizikal yang bersahaja- natural, bersopan, dan bersikap tenang dan yakin.
  10. Sensitif, bijak dalam membuat interpretasi yang ekspresif.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Wah... tibe-tibe rasa bidang nyanyian ni susah bile baca sume benda ni. mmm, banyak yang perlu dikuasai. 
-_-


10 PERATURAN MENJAGA KESIHATAN DALAM NYANYIAN
  1. Cukup tidur.
  2. Pemakanan dan diet yang seimbang dan betul.
  3. Jangan makan berlebihan.
  4. Jauhi rokok, dadah dan ubat yang merosakkan sistem pernafasan dan badan.
  5. Bersenam di tempat yang lapang.
  6. Pakaian yang sesuai.
  7. Jauhi tempat yang sempit dan kurang udara.
  8. Apabila menghadapi sakit tekak mula menyanyi selepas sembuh.
  9. Cegah sebelum terlambat.
  10. Tonsils, TMJ (tempo Jaw Disfunction) dan gigi gusi bermasalah boleh menjadi masalah.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Owh, cik fatin sendiri selalu sakit tekak. tonsils... always bengkak and pastu demam. Kalau orang cakap saya ni asyik sakit tekak je... MEMANG PUN. tapi tolongla jangan cakap saya bagi sengaja alasan... MEMANG SAYA SAKIT TEKAK BUKAN BAGI ALASAN SESUKAHATI! doktor suruh saya jumpe pakar.. tapi saya takde masa lagi... Bila ada masa pun tak tau. heheh.


9 PERATURAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI
  1. Sikap optimistik "SAYA BOLEH!" adalah asas kejayaan.
  2. Takut adalah imaginasi - permainan fikiran.
  3. Daya konsentrasi - interpretasi, kecantikan dan makna lagu tersebut.
  4. Banyakkan nyanyi di khalayak ramai - Kebiasaan - Familiarity breeds Comfort"
  5. Persediaan yang rapi.
  6. Pilih lagu dan teknik yang mudah dikuasai sebagai permulaan.
  7. Disiplin, postur dan penampilan yang menunjukkan keyakinan diri yang tinggi
  8. Tarik nafas panjang beberapa kali dan rileks sebelum memulakan nyanyian.
  9. Penglibatan awal dalam pelbagai persembahan yang berkaitan dengan bidang nyanyian.
Cakap-cakap Cik Fatin:
hahah... macam terkena batang hidung sendiri.. CIK FATIN.. SILA TAMBAH KEYAKINAN ANDA YE. jujur dikatakan, saya amat takut bile amali nyanyian and pertandingan nyanyian. Sebab... dalam hati saya kata... saya kene nyanyi betul2. OWH! SILA TAMBAH KEYAKINAN.

KORANG TENGOK VIDEO INI, MUNGKIN BOLEH JADI IDOLA KORANG UNTUK MULA-MULA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG NYANYIAN. kecik-kecik lagi dah menyanyi diorang.





MENGENAL NOT

Mesti ramai antara kita yang suke dengan muzik.. ramai yang boleh main alat muzik.. tapi tak kenal pun not.. ala.. yg kte selalu panggil tauge2 tu.. hihi... tauge dimakan enak.. begitu juga kalau kite kenal not-not yg dianggap tauge.. HEHE..JANGAN RISAU.. TAKSUSAH PUN! jom kenal not erk kawan2!


1- Ni yang gemuk... and paling senang nak tulis.. nama die SEMIBREVE. atau dalam bahasa melayu(b.m)nye semibrif(kalau tak salah eja la..).Kiraan dia adalah 4. macam mengaji la... 4 harkat. Ta~a~a~a.

SEMIBRIVE
panjang dibunyikan ialah 4.



2- MINIM! yang ke2 paling senang nk lukis. Kalau tadi bujur je.. skrang kte tambah tiang..so jadilah MINIM. Dalam bahasa melayu(b.m) pun ejaan die MINIM. Kiraannya adalah 2. So bila korang jumpe not ni... bunyikan panjangnya dengan 2 harkat... atau kiraan 2. Ta~a.


MINIM
panjang kiraan dibunyikan ialah 2.



3- CROTCHET! mmm, korang tambah 1 lagi step untuk buat not ni.. korang warnakan kat tengah2 bulat tu dengan warna hitam. jadilah CROTHET atau dalam b.m.nya ialah KROCET. Kiraan die mudah je.mainkan dengan kiraan 1.Ta!
CROTCHET
panjang kiraan dibunyikan ialah 1.



4-QUAVER! yang ni unik tau! die berekor.. senang je nak tulis benda ni.. tambah ekor. hihi.. kiraan die 1/2. ejaan b.m die KUAVER.

QUAVER
panjang kiraan dibunyikan ialah 1/2.



Kalau kite perhatikan, not2 ni makin lama makin kecil nilainya. huhu... ade lagi yang kecil dan besar. tapi korang kene faham 4 not basic ni. Kalau nak tulis not2 ni...pastikan pakai pembaris tau. Cikgu Piano and Lec Muzik Cik Fatin selalu bising kalau buat not tak pakai pembaris.so.. korang cuba la buat dan fahamkan. SELAMAT MENCUBA!

KEY C MAJOR

Sarung bantal mak buat guna duit abah bagi..=p

Kebetulan cik fatin tengah golek2 atas katil and sarung bantal juga bantal peluk ada mata piano..heheh.. cik fatin rase nak tunjukkan beberapa kord dalam key C Major.. so.. nnt korang leh aplikasi kan kord2 ni time main lagu2 dalam Key C Major. Sebenarnya, dalam lagu.. rase2nye.. jarang yang die guna sume kord2 yang terdapat dalam Key yang kte pilih. Eh? Yeker? Sorryla.. cik fatin dak2 baru belajar.. =p. JOM KTE KENAL KORD2 DALAM KEY C MAJOR!


  1. Mesti diingatkan bahawasanya C Major takde sharp atau flet. So tangan kita kat kibod mestila pada mata putih sahaja.
  2. C Major same dengan A minor. Cuma A Minor not ke 7  die disyapkan.
  3. Biasanya dalam lagu kite guna kord 1, 4, dan 5 sahaja... so kalau korang tahu 3 kord ni pun korang dah boleh main lagu2 simple. TRUST ME! Kord 1, 4, 5 dalam C Major ialah C Major, F Major, dan G Major.
  4. Pas belajar ni.. korang cari la lagu2 kat internet yang dalam Key C Major(SELEPAS KAU PERGI), then aplikasikannya di kibod. Dulu cik fatin buat macam ni.. sampai skrang pun.. SHOK WO!
  5. Untuk kord Major, biasenye orang letak huruf besar. Contohnya C Major = C, then kalau minor orang letak m kecil menunjukkan die minor. contohnya D minor = Dm... Ade banyak cara.. ni salah 1.

MARI BELAJAR!

C MAJOR
C  (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


D minor
Dm (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


E minor
E m  (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


F MAJOR
F  (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


G MAJOR
G  (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


A minor
Am (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)


B diminished
Bdim (letak jari2 anda di tempat yang ditandakan)

TRY KORD2 YANG DIPELAJARI NI DALAM LAGU SELEPAS KAU PERGI..jom!

Intro: C 

  C 
Selepas kau pergi 
           Dm 
Tinggallah disini ku sendiri 
      G          F 
Kumerasakan sesuatu 
             C 
Yang t\'lah hilang di dalam hidupku 

  C 
Dalam lubuk hatimu 
         Dm 
Ku yakin kaupun sebenarnya tak 
         G         F 
Inginkan lepas dariku 
        C 
Tahukah kau kini ku terluka 

Reff: 
       Dm         G 
Bantu aku membencimu 
        Am         F 
Ku terlalu mencintaimu 
       G 
Dirimu begitu... 
       C 
Berati untukku...


Lagu Laluna- SELEPAS KAU PERGI dri youtube.. dengarla.. tapi die bukan Key C Major. yang atas tu di transposkan bagi senang main... cik fatin pun tak sure die key ape.. tak try cari pun..haha... ENJOY IT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...