Sunday, December 18, 2011

MUZIK TRADISIONAL

Mesti korang pernah dengar Muzik Tradisional Malaysia.. Tapi mungkin antara kita masih konfius... Ape muzik Tradisional Malaysia.. Tambahan pula dengan Muzik Klasik, Muzik Rakyat and Muzik Sinkretik.. MESTI KORANG LAGI PENING.. Kan? (Yang dah pandai and tau.. takpayah bace..heheh)

OK... JOM KITE BEZAKAN IA...

Umumnya, muzik tradisional terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu.. MUZIK KLASIK, MUZIK RAKYAT DAN MUZIK SINKRETIK.

MUZIK KLASIK
-Muzik untuk golongan bangsawan.
-Sebagai hiburan majlis-majlis istana & upacara tertentu seperti pertabalan, perkahwinan, & lawatan rasmi.
-Pemuzik dilatih khusus sebagai pemuzik profesional dan bertugas sepenuhnya di istana sebagai pemuzik Istana.
-Pemuzik dipilih berdasarkan keturunan dan mempunyai ciri-ciri khas.
-Walau bagaimanapun, sekarang muzik klasik tidak kekal kecuali ensembel MUZIK NOBAT di istana Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu.
-Lain-lain ensembel berasal dari istana ialah GAMELAN dan TEATER MAKYUNG. Tapi sekarang ianya tidak dipersembahkan di istana lagi dan menjadi persembahan di kalangan rakyat di luar istana.

Alat-alat NOBAT


MUZIK RAKYAT
-Keseniaan rakyat untuk rakyat.
-Genre berkonsep persekitaran & kehidupan rakyat.
-Berfungsi sebagai hiburan majlis keramaian, upacara ritual & pemujaan, upacara pembomohan, menyambut sesuatu perayaan dan sebagainya.
-Ia kaya dengan pelbagai jenis muzik dan peralatan serta berbeza mengikut tempat.
-Antara contoh-contoh muzik rakyat ialah ulik mayang, tumbuk kalang, dondang sayang, boria, kuda kepang, enkeromong, ngajat dan lain-lain.
-Terdapat juga dalam permainan tradisional seperti lagu enjit-enjit semut, cak cekur udang gamit, lompat si katak lompat dan sebagainya.
-Lagu rakyat berbentuk penceritaan, jenaka dan nasihat.

MUZIK SIKRETIK
-Gabungan dan serapan pelbagai genre muzik luar ke dalam muzik tempatan.(mungkin muzik kita ni fleksibel)
-Unsur muzik yang terlibat ialah dari Arab, Parsi, India, China, dan Barat.
-Gabungan ini mewujudkan 1 genre muzik baru iaitu genre muzik popular.
-Muzik sinkretik ini sudah muncul sejak era 50-an dari persembahan-persembahan bangsawan.
-Alat-alat yang kita boleh lihat ketika muzik ini dimainkan seperti double-bass, conga, trumpet, saksofon dan lain-lain yang digabungkan dengan alat tradisional kita seperti rebana dan seruling.

Kesimpulannya, muzik tradisi Malaysia mempunyai banyak jenis dengan kategori yang berbeza-beza. Kita kene dengar dan teliti. Kalau dah faham beza muzik ni mesti korang pun leh beza.. OWH NI MUZIK RAKYAT, OWH INI MUZIK SINKRETIK. So far, cik fatin pun bukan la jelas sangat.tapi dari apa yang difahami dari pembacaan cik fatin sendiri korang kene ingat :
1-MUZIK KLASIK -ISTANA
2-MUZIK RAKYAT - MASYARAKAT UMUM
3-MUZIK SINKRETIK - GABUNGAN DARI UNSUR LUAR

Kalau nak maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku HBMS4203 MUZIK TRADISIONAL, penulisan Pravina Manoharan, Mohd Azam Sulong, dan YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan. THANKS YER PENULISAN! Jasamu dikenang. ^_^

No comments:

Post a Comment

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...