Sunday, December 18, 2011

MUZIK KAMAR

   
   Muzik kamar adalah sejenis muzik yang ditulis untuk sekumpulan kecil pemuzik yang terdiri daripada 2-9 orang. Pemuzik-pemuzik ini memainkan sejenis muzik ini di dalam bilik, sebuah rumah atau istana.

   Pada zaman klasikal, muzik kamar merupakan sesuatu yang 'fashionable' bagi ahli bangsawan. Mereka akan mengupah pemuzik atau memainkan muzik tersebut dengan rakan-rakan untuk menghiburkan tetamu mereka selepas jamuan makan malam. Muzik kamar adalah lebih ringan (lighter in sound) jika dibandingkan muzik orkestra klasikal.Apa yang penting,ini merupakan 1 kebanggaan bagi ahli bangsawan apabila dapat menghiburkan tetamu yang hadir selepas jamuan makan dijalankan.

   Pemain muzik kamar bertindak sebagai satu pasukan di mana setiap ahli memainkan peranan yang penting. Mereka tidak memerlukan konduktor dan setiap ahli mesti peka terhadap persembahan ahli-ahli yang lain.

Bentuk muzik kamar klasikal yang paling penting ialah 'string quartet'. Ia ditulis untuk 2 violin, 1 viola dan 1 cello. Biasanya 'string quartet' mengandungi 4 babak :(1) cepat, (2) lambat, (3) minuet atau scherzo, (4) cepat. Kadang-kadang babak kedua ialah minuet atau scherzo dan babak ketiga adalah dalam tempo yang lambat.

Selain daripada 'string quartet', sonata untuk violin dan piano, piano trio (violin, cello dan piano) dan 'string quartet' (2 violin, 2 viola dan cello) juga merupakan bentuk yang popular untuk muzik kamar.

   Bermula abad ke 18, banyak muzik kamar dipersembahkan oleh golongan bukan professional (amateurs). Pada hari ini pula, terdapat banyak kumpulan profesional khusus dalam permainan muzik kamar ini dan kini kita boleh menyaksikan persembahan muzik kamar ini di dewan-dewan konsert. Kat bawah ni ada contoh-contoh muzik kamar.. Jom tengok!






POINT2 MUZIK KAMAR YANG KITA KENE IGT IALAH:
Dimainkan di bilik di dalam rumah atau di istana.
Mempunyai diantara 2 hingga 9 pemuzik.
Suara muziknya lebih jelas dari orkestra muzik klasik yang lain.
Tidak memerlukan konduktor.

No comments:

Post a Comment

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...