Monday, December 19, 2011

HENRY PURCELL



Henry Purcell telah dilahirkan pada 10 September 1659 dan meninggal dunia pada 21 November 1695 diusia 36 tahun. Beliau merupakan pemain organ berbangsa Inggeris dan komposer muzik sekular dan suci di zaman Barok. Walaupun Purcell menggabungkan unsur-unsur gaya Itali dan Perancis ke dalam ciptaannya, legasi beliau adalah satu bentuk yang unik kerana menggunakan Bahasa Inggeris di dalam ciptaan muzik Barok. Beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu komposer Inggeris yang hebat dan tiada komposer Bahasa Inggeris lain yang dilahirkan di zaman itu menghampiri kemasyhurannya sehingga muncullah Edward Elgar.
Purcell telah dilahirkan di St Ann Lane Old Pye Street, Westminster. Keluarga Henry Purcell hidup hanya beberapa ratus meter di barat Westminster Abbey dari tahun 1659 dan seterusnya. Selepas kematian bapanya pada tahun 1664, Purcell telah diletakkan di bawah penjagaan bapa saudaranya iaitu Thomas Purcell yang telah menunjukkan kasih sayang dan kebaikan yang sempurna kepada Purcell. Thomas adalah seorang lelaki gereja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan telah mengatur Henry untuk diterima sebagai penyanyi lelaki di gereja.
 Di usia muda, Henry terlebih dahulu telah mendapat pendidikan di bawah Kapten Henry Cooke (1672), Master Kanak-Kanak, dan selepas itu di bawah Pelham Humfrey (1674), pengganti Cooke. Henry adalah seorang penyanyi lelaki di Royal Chapel sehingga suaranya pecah pada tahun 1673. Henry juga telah menjadi pembantu kepada pembina alat muzik organ iaitu John Hingston, yang memegang jawatan sebagai penjaga instrumen muzik tiupan kepada Raja.
Mengikut penceritaan orang, Purcell telah mengarang ketika berusia sembilan tahun. Walau bagaimanapun, kerja terawal yang telah dikenal pasti sebagai karya beliau ialah 1 syair pujian untuk hari jadi Raja, yang ditulis pada tahun 1670. Tarikh untuk penciptaan beliau adalah tidak menentu. Telah diandaikan juga bahawa lagu tiga bahagian "Sweet Tyranness, I Now Resign" telah ditulis oleh beliau sebagai seorang kanak-kanak.
Selepas kematian Humfrey, Purcell meneruskan pengajian di bawah Dr. Blow John. Beliau seterusnya meneruskan pengajian di Westminster School dan pada tahun 1676 telah dilantik sebagai penyalin di Westminster Abbey. Lagu awal Henry Purcell "Lord, who can tell”(Tuhan, yang boleh memberitahu) dicipta pada tahun 1678. Lagu ini adalah Mazmur yang telah ditetapkan untuk Hari Krismas dan juga perlu dibaca pada sembahyang subuh pada hari keempat setiap bulan.
Pada tahun 1679, Blow, yang telah dilantik sebagai pemain organ Westminster Abbey sejak tahun 1669, meletak jawatannya. Jawatannya secara tidak langsung telah memihak kepada muridnya iaitu Purcell. Purcell secara keseluruhan kini menumpukan dirinya dengan ciptaan muzik suci, dan selama enam tahun tidak melibatkan diri dengan teater. Walau bagaimanapun, pada awal tahun sebelum itu, mungkin sebelum mendapat pejabat baru, beliau telah menghasilkan dua karya penting untuk pentas, muzik untuk Nathaniel Lee’s Theodosius dan Thomas dUffey’s Virtuous Wife.
 Di antara tahun 1680 dan 1688, Purcell telah menulis muzik untuk tujuh persembahan. Ciptaan beliau untuk muzik kamar opera Dido and Aeneass, yang menjadi mercu tanda yang sangat penting dalam sejarah muzik dramatik Bahasa Inggeris. Pada tahun 1685, beliau menulis dua-lagu terbaik beliau, "I was Glad" dan "My Heart is Inditing", bersempena penabalan Raja James II. Salah satu daripada kerja-kerja yang paling rumit, yang paling penting dan mengagumkan ialah ciptaan  Purcell pada syair pujian ulang tahun untuk Queen Mary. Ciptaan syair pujian ini bertajuk “Come ye Sons of Heart” yang liriknya telah ditulis oleh Nahum Tate dan muzik dicipta oleh Purcell.
Sesungguhnya, banyak ciptaan yang mengkagumkan hasil dari ciptaak komposer Bangsa Inggeris. Antaranya seperti yang telah disebutkan di atas disamping Twelve Sonatas,The Fool’s Preferment, The Fairy-Gueen dan lain-lain. Henry Purcell banyak mencipta muzik berunsurkan ketuhanan dan memuji raja-raja seperti syair pujian bagi Duke of Gloucester untuk ulang tahun keenam baginda. Syair pujian adalah bertajuk “Who can from joy refrain? “ sonatas empat bahagian Purcell telah dikeluarkan dalam 1697. Dalam enam tahun baki hidupnya, Henry Purcell menulis muzik selama 42 drama.
Purcell meninggal dunia pada tahun 1695 di rumahnya di Yard, Dekan Westminster, di kemuncak kerjayanya. Beliau dipercayai berusia 35 atau 36 tahun pada masa itu. Punca kematiannya adalah tidak jelas. Terdapat satu teori bahawa dia terperangkap dalam cuaca sejuk selepas pulang lewat dari teater satu malam kerana isterinya telah terkuncinya dari luar. Satu lagi adalah dia meninggal dunia akibat batuk kering.


Sebelum kematiannya, Henry Purcel telah mengatakan wasiatnya yang berbunyi,
“In the name of God Amen. I, Henry Purcell, of the City of Westminster, gentleman, being dangerously ill as the constitution of my body, but in good and perfect mind and memory(thanks be to God) do by these presents publish and declare this to be my last Will and Tesrament. And I do hereby give and bequeath unto my loving wife,Francess Purcell, all my estate both real and personal of what nature and kind soever...”

("Dengan nama Tuhan, Saya, Henry Purcell, penduduk di bandar Westminster, lelaki, sakit yang ditanggung bahaya kepada saya, tetapi dalam minda yang baik dan sempurna dan memori (terima kasih menjadi kepada Allah) lakukan dengan ini mengisytiharkan kehendaki terakhir saya dan Perjanjian. Dan, saya dengan ini memberi dan mewariskan kepada isteri saya yang tersayang, Frances Purcell, semua harta saya yang jelas kelihatan dan peribadi pada sifat dari semua jenis hingga yang seterusnya...")

Purcell dikebumikan bersebelahan dengan pemain organ di Westminster Abbey. Muzik yang beliau cipta sebelum itu untuk pengkebumian Queen Mary telah digunakan untuk mengiringi kematian Henry Purcell. Ciptaan Purcell adalah bersifat universal dan dikenali sebagai 'master muzik yang sangat hebat.' Selepas kematiannya, pegawai-pegawai di Westminster dengan berbesar hati dan sebulat suara mahukan beliau dikebumikan dengan tanpa bayaran di lorong utara Biara serta tulisan di batu nisanyya berbunyi: "Di sini pengebumian Henry Purcell ESQ, yang meninggalkan kehidupan dunia ini dan pergi ke tempat yang diberkati di mana sahaja keharmonian boleh melebihi. "
Selepas kematiannya, Purcell telah dihormati oleh ramai orang sezamannya, termasuk rakan John Blow , yang menulis "An Ode, on the Death of Mr. Henry Purcell” dengan lirik oleh kolaborator lamanya , John Dryden. Yang terbaru, penyair Bahasa Inggeris,Gerard Manley Hopkins menulis sonet terkenal bertajuk "Henry Purcell", dengan kata pembuka singkat yang berbunyi: "The poet wishes well to the divine genius of Purcell and praises him that, whereas other musicians have given utterance to the moods of man’s mind, he has, beyond that, uttered in notes the very make and species of man as created both in him and in all men generally.”
Purcell juga mempunyai satu pengaruh yang kuat ke atas kebangkitan muzik dan komposer Bahasa Inggeris pada awal abad 20, terutama Benjamin Britten, yang mencipta dan merealisasikan persembahan Dido and Aeneas dan The Young Person’s Guide to the Orcherstra yang berasaskan kepada salah satu tema daripada Purcell, iaitu Abdelaza
Purcell telah mendapat penghormatan bersama-sama dengan Johann Sebastian Bach dan George Friedrich Handel pada hari perayaan pada kalendar liturgi Gereja Episcopal (AS) pada 28 Julai. Dalam satu temubual pada tahun 1940, Ignaz Friedman telah menyatakan bahawa dia menganggap Purcell mempunyai kehebatan yang sama besar seperti Bach dan Beethoven. Di Victoria Street, Westminster, England, terdapat satu tugu gangsa untuk Purcell yang telah  dipahat oleh Glynn Williams dan didirikan pada tahun 1994.
" The Flowering of the English Baroque ", patung gangsa memorial oleh Glynn Williams di taman kecil di Victoria St, Westminster.


Kerja-kerja Purcell telah dikatalogkan oleh Franklin Zimmerman. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Z. A Club di London pada tahun 1836 untuk menggalakkan prestasi muzik, tetapi telah dibubarkan pada tahun 1863. Pada tahun 1876, Persatuan Purcell telah ditubuhkan. Pertubuhan ini menerbitkan edisi baru terhadap karya-karya Henry Purcell. Kini, Kelab Purcell zaman moden telah diwujudkan dan menyediakan aktiviti muzik berpandu di Westminster Abbey.
Pada tahun 2009, Pete Townshend ahli kumpulan The Who berkata, Purcell adalah antara pengaruh beliau, terutamanya dalam lagu-lagu bandnya. Ini terbukti dalam lagu mereka seperti lagu “Won’t Get Fooled Again”(1971) dan “I Can See for Miles” (1967).
Dalam filem England pada tahun 1995, My England, kehidupan Purcell (dimainkan oleh Michael Ball) telah digambarkan sebagaimana yang dilihat melalui mata penulis drama pada era 1960-an. Beliau telah cuba untuk menulis drama mengenai Henry Purcell.
Dalam abad ke-21, soundtrack versi tahun 2005 filem Pride and Prejudice yang bercirikan tarian yang bertajuk "A Postcard to Henry Purcell" telah digubah. Ini adalah gubahan dari komposer Dario Marianelli yang mengambil tema Abdelazar Purcell. Dalam filem bahasa Jerman tahun 2004, Der Untergang, muzik Lament Dido digunakan berulang kali sehingga akhir kemuncak Third Reich.
Kesimpulannya, Henry Purcell banyak memberi impak positif dalam aktiviti muzikal dunia. Beliau telah banyak mempengaruhi ahli muzik sezamannya, selepas kematiannya juga sehinggalah masa kini. Ramai pemuzik sangat menghargai karya-karyanya. Beliau juga telah menjadi contoh dalam perkembangan karea pemuzik dunia.

Korang boleh view lagu-lagu Henry Purcell di :
http://youtu.be/oV0-E90sdCc 
http://youtu.be/1agui5umoSE
http://youtu.be/7f3XzaDeq_M
 http://youtu.be/Hw7xLoYdd2E

No comments:

Post a Comment

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...