Monday, December 19, 2011

Sakit Kepala



OPS!! Korang pernah sakit kepala tak???? Ofcos pernahkan.. me??? yup! kalau ada orang tu membebel2, tido kurang atau lebih... memang akan sakit kepala.. atau.. terlampau banyak kerja.. MEMANG SAKIT KEPALA.. siap leh terbawa kerja2 tu dalam mimpi... TAPI.. SEDARKAH ANDA, kalau anda sakit kepala tanpa sebab2 di atas.. BAIK KORANG CEK KENAPA KORANG SAKIT KEPALA.

ok.. antara sebab2 sakit kepala :-

  • KETEGANGAN OTOT
    • Tanda-tanda : Sakit kepala kerap terjadi, kesakitan akan rasa hilang timbul, tidak terlalu berat dan kesakitan dirasai pada bahagian depan dan belakang atau berasa kaku secara menyeluruh.
    • Tindakan : Lakukan pemeriksaan untuk menyingkirkan penyakit fizikal serta penilaian faktor psikologi dan keperibadian.

  • MIGRAIN
    • Tanda-tanda : Sakit bermula dari dalam dan di sekitar mata atau kelopak mata. Merebak ke satu atau dua sisi kepala, kebiasaannya terasa sakit pada seluruh kepala, berdenyut dan disertai dengan hilangnya nafsu makan, mual dan muntah.
    • Tindakan : Jika diagnosisnya masih diragui dan sakit kepala baru terjadi, individu perlu melakukan CT scan atau MRI. Atau diberikan ubat migrain untuk melihat kesannya.

  • SAKIT KEPALA CLUSTER
    • Tanda-tanda : Serangannya singkat (sekitar 1 jam), sakit kuat dirasakan pada satu sisi kepala. Serangan terjadi dalam jangka masa tertentu dan di bahagian tertentu sahaja. Kerap dihidapi oleh lelaki muda yang disertai dengan pembengkakan mata, hidung berhingus dan mata berair. Dalam pada masa yang sama turut merasa sakit.
    • Tindakan : Biasanya ubat migrain diberikan untuk melihat kesannya atau diberikan pesakit menyedut oksigen.

  • TEKANAN DARAH TINGGI
    • Tanda-tanda : Jarang menyebabkan sakit kepala, kecuali pada tekanan darah tinggi yang berat kerana adanya ketumbuhan di kelenjar adrenal. Sakitnya berdenyut dan dirasakan di kepala bahagia belakang atau di bahagian atas kepala.
    • Tindakan : Biasanya memerlukan analisis kimia darah dan pemeriksaan buah pinggang.

  • KELAINAN MATA
    • Tanda-tanda : Sakit dirasakan di kepala bahagian depan atau di dalam dan di seluruh mata. Boleh terjadi dengan kesakitan yang sederhana sehingga berat. Boleh menyebabkan mata berada dalam keadaan penat.
    • Tindakan : Perlu memerlukan pemeriksaan mata untuk mengetahui penyebabkan.

  • KELAINAN SINUS
    • Tanda-tanda : Kesakitan yang tidak dapat dijangka. Dirasakan di kepala bagian depan, kesakitannya bersifat ringan atau berat dan keadaan lebih buruk sewaktu di awal pagi. Keadaan akan beransur pulih sedikit demi sedikit. Namun kesakitan akan berlaku semuala dalam keadaan cuaca yang lembab.
    • Tindakan : Memerlukan pemeriksaan dan Rawatan sinus bagi memastikannya. 
 sumber bahan : REMAJA BIL. 497 (1 MEI 2007)


hehehe.... cik fatin ada masalah sinus.... and dah amik ubat.. TIADA SAKIT KEPALA LAGI buat masa ni.. ANDA? sila dapatkan rawatan k kalau ada sakit kepala.. ^_^ 


1 comment:

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...