Sunday, December 18, 2011

NYANYIAN

Saya amat suka menyanyi... kecik-kecik lagi abah and mak ajar menyanyi... Mula dengan lagu ella kalau tak silap.^_^ Pastu macam-macam lagu la... heheh... Nak kongsi sikit topik NYANYIAN! JOM BACE!

Owh... musalmah manis ^_^
KENAPA KITA PERLU BELAJAR MENYANYI?
Untuk pengetahuan semua, menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab yang penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti di bawah ini:

  1. Dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat.
  2. Mempertingkatkan daya pemikiran.
  3. Memperkayakan daya imaginasi.
  4. Memberi kegembiraan dan keseronokan.
  5. Memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul.
  6. Memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan.
  7. Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi.
  8. Melepaskan perasaan kurang senang.
  9. Membina keyakinan diri.
  10. Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan.
  11. Aset warisan budaya.
  12. Memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Cakap-cakap Cik Fatin:
ni sebenarnya nota di atas dari 1 buku ni. Nak ulas sedikit, ape yang buku ni kata betul amat. Mengikut pengalaman cik fatin sendiri... nyanyian memang memperbaiki kesihatan. Mengikut kata mak abah, fatin ni memang suke menyanyi dan dalam masa yang sama fatin asma ke lelah ( ape beza pun tak tau). Abah and mak memfokuskan cik fatin untuk menyanyi. Buat show and masuk pertandingan. Bila buat benda-benda macam ni,pemakanan pun dijaga, stamina pun dijaga. Abah bawa g berenang, jogging dan macam2 lagi la sebagai  latihan untuk persediaan show atau pertandingan. Secara tak langsung sebenarnya ia memang menjaga kesihatan. THANKS MAK... THANKS ABAH..


10 PERKARA PENTING BAGI SEORANG PENYANYI
Sebelum kita mempelajari nyanyian, kita perlu mempunyai beberapa perkara seperti di bawah ini:
  1. Suka muzik dan seronok menyanyi.
  2. Mempunyai deria dan rasa pic dan irama yang tepat.
  3. Berimaginasi dan daya interpretasi yang tinggi.
  4. Sihat dan bersemangat serta mempunyai tabii dari aspek kesihatan yang baik.
  5. Bijak
  6. Personaliti yang disenangi.
  7. Daya usaha yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan.
  8. Kebolehan menyanyi semerta dan memainkan iringan yang mudah.
  9. Alat suara yang baik.
  10. Koordinasi fizikal yang baik - penguasaan dan pengawalan nafas serta otot fonasi.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Cik fatin rase apa-apa pun memang kene berusaha untuk berjaya. Bukan berjaya untuk orang lain.. tapi berjaya untuk diri sendiri. Betullah kata orang usaha tangga kejayaan. Apa yang penting juga, korang kenelah suka muzik..baru la korang leh menyanyi dengan mudah. Minat tu kene ada.


4 ASPEK YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG NYANYIAN
Terdapat empat aspek yang berkaitan dengan bidang nyanyian iaitu fizikal,emosi, intelek dan muzikal.

Aspek Fizikal- Seseorang yang hendak mempelajari nyanyian perlu sihat, kuat, bertenaga, dan menjaga berat badan agar seimbang.

Aspek Emosi- Perlu stabil emosinya, sensitif dan ekspresif serta suka menyanyi.

Aspek Intelek- Boleh berfikir, membuat banding beza dengan rasional dan kritis, bijak mengaplikasi apa yang telah dipelajari, ambil tahu dengan bidang-bidang ilmu pengetahuan lain.

Aspek Muzikal- Boleh menbaca irama dan jeda dengan tepat, ada pengetahuan teori muzik, ada pengetahuan akan stail ciptaan dan pencipta muzik.


10 PRINSIP DALAM BIDANG NYANYIAN
Sebelum seseorang mempelajari nyanyian, ia perlu mengamalkan prinsip-prinsip di bawah :
  1. Sentiasa bersikap positif, seronok dan yakin.
  2. Bijak dan kerap berlatih.
  3. Mengamalkan postur yang baik.
  4. Pengawalan pernafasan (costal epigastrium) yang baik.
  5. Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif, rata, bersemangat, ringan kaya dan bergema.
  6. Penguasaan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas, tepat dan cantik.
  7. Penguasaan teknik legato.
  8. Penguasaan teknik yang tangkas dan fleksibel.
  9. Penampilan persembahan fizikal yang bersahaja- natural, bersopan, dan bersikap tenang dan yakin.
  10. Sensitif, bijak dalam membuat interpretasi yang ekspresif.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Wah... tibe-tibe rasa bidang nyanyian ni susah bile baca sume benda ni. mmm, banyak yang perlu dikuasai. 
-_-


10 PERATURAN MENJAGA KESIHATAN DALAM NYANYIAN
  1. Cukup tidur.
  2. Pemakanan dan diet yang seimbang dan betul.
  3. Jangan makan berlebihan.
  4. Jauhi rokok, dadah dan ubat yang merosakkan sistem pernafasan dan badan.
  5. Bersenam di tempat yang lapang.
  6. Pakaian yang sesuai.
  7. Jauhi tempat yang sempit dan kurang udara.
  8. Apabila menghadapi sakit tekak mula menyanyi selepas sembuh.
  9. Cegah sebelum terlambat.
  10. Tonsils, TMJ (tempo Jaw Disfunction) dan gigi gusi bermasalah boleh menjadi masalah.
Cakap-cakap Cik Fatin:
Owh, cik fatin sendiri selalu sakit tekak. tonsils... always bengkak and pastu demam. Kalau orang cakap saya ni asyik sakit tekak je... MEMANG PUN. tapi tolongla jangan cakap saya bagi sengaja alasan... MEMANG SAYA SAKIT TEKAK BUKAN BAGI ALASAN SESUKAHATI! doktor suruh saya jumpe pakar.. tapi saya takde masa lagi... Bila ada masa pun tak tau. heheh.


9 PERATURAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI
  1. Sikap optimistik "SAYA BOLEH!" adalah asas kejayaan.
  2. Takut adalah imaginasi - permainan fikiran.
  3. Daya konsentrasi - interpretasi, kecantikan dan makna lagu tersebut.
  4. Banyakkan nyanyi di khalayak ramai - Kebiasaan - Familiarity breeds Comfort"
  5. Persediaan yang rapi.
  6. Pilih lagu dan teknik yang mudah dikuasai sebagai permulaan.
  7. Disiplin, postur dan penampilan yang menunjukkan keyakinan diri yang tinggi
  8. Tarik nafas panjang beberapa kali dan rileks sebelum memulakan nyanyian.
  9. Penglibatan awal dalam pelbagai persembahan yang berkaitan dengan bidang nyanyian.
Cakap-cakap Cik Fatin:
hahah... macam terkena batang hidung sendiri.. CIK FATIN.. SILA TAMBAH KEYAKINAN ANDA YE. jujur dikatakan, saya amat takut bile amali nyanyian and pertandingan nyanyian. Sebab... dalam hati saya kata... saya kene nyanyi betul2. OWH! SILA TAMBAH KEYAKINAN.

KORANG TENGOK VIDEO INI, MUNGKIN BOLEH JADI IDOLA KORANG UNTUK MULA-MULA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG NYANYIAN. kecik-kecik lagi dah menyanyi diorang.





No comments:

Post a Comment

Thanks ur comment... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...